Thursday, February 21, 2013

Cara edit gambar guna XiuXiu Meitu Software

美图秀秀 XiuXiu Meitu software. Pernah dengar tak? hehe. XiuXiu Meitu ini hanya ada dalam versi chinese. Jadi mestilah jarang dengar tentang editor ini kan. Kali ini saya akan translate dalam bahasa Melayu.
Saya terfikir untuk berkongsi cara menggunakan XiuXiu Meitu Software ini kerana saya ternampak carian akan datang yang terdapat di post saya yang sebelum ini, iaitu cara mudah edit gambar free online tanpa software. Di dalam carian itu, terdapat carian tentang cara menggunakan xiuxiu meitu. Saya tahu tidak semua tahu cara menggunakan xiuxiu meitu.
Lebih baik saya perkenalkan dulu tentang software edit gambar ni kan. XiuXiu Meitu mempunyai banyak kelebihan dalam edit gambar.

Kelebihan menggunakan XiuXiu Meitu Software


Saya rasa contoh gambar diatas boleh tunjukkan apa sebenarnya xiuxiu meitu boleh buat. Hehe. Tak faham lagi? Meitu boleh edit:
Kotak dialog yang berstyle.
Pilih tema/tukar grafik gambar menjadi seperti vintage atau sebagainya.
Boleh edit muka.
Letak aksesori yang comel-comel.
Letak frame yang stylish
Gambar puzzle.

Cara edit gambar menggunakan XiuXiu Meitu Software

Saya boleh buat satu contoh gambar yang di edit menggunakan software xiuxiu meitu.
  • Edit/crop/rotate


  • Edit Pencahayaan Gambar


Yang ini untuk pencahayaan gambar. Ada banyak pilihan untuk pencahayaan gambar untuk Meitu.
  • Menghilangkan parut-parut pada muka

Translate untuk TAB kedua.


Kedua-dua gambar diatas menunjukkan langkah untuk edit muka. Kita boleh menghilangkan parut-parut di muka yang ada dalam gambar dengan menekan salah satu kotak pertama dalam gambar kedua untuk menjadikannya seperti kotak kedua.
  • Separuh daripada gambar berwarna


First, tekan pada kotak pertama. And then kotak kedua akan muncul. Selepas itu anda bolehlah edit mana-mana tempat yang ingin diwarnakan atau tidak.
  • Kaburkan separuh gambar


Langkah ini sama seperti diatas.
  • Letakkan aksesori atau klip gambar


Banyak klip-klip gambar dan aksesori dalam Meitu. P/s: ANDA PERLU MENDOWLOAD SEMUA KLIP GAMBAR TERSEBUT SUPAYA MUDAH MENGGUNAKANNYA SEMASA TIDAK ONLINE.
  • Edit badan gambar menjadi kartun


Muka gambar perlu sesuai supaya mudah dicrop.
  • Contoh gambar yang siap di edit guna XiuXiu Meitu Software ;

Download dan install software XiuXiu Meitu

Ini langkah untuk mendownload Meitu Software.


Klik untuk  Download Xiuxiu Meitu versi 美图秀秀 3.7.2. Atau Download Xiu Xiu 美图秀秀 3.1.6anda boleh tengok versi terbaru di laman download Xiuxiu Meitu.. Selepas download, klik RUN untuk install.


Tada!! da install!
美 图秀秀 Xiuxiu meitu juga boleh di install dalam mobile smartphone. Iphone dan Android menepati ciri-ciri yang sesuai untuk install xiuxiu meitu. Blackberry tak boleh ya kawan-kawan. Oleh sebab saya tak guna Iphone atau Ipod atau Android, tak dapatlah nak tunjuk macam mana nak guna.
Jadi, pandai-pandailah cari sendiri caranya. Ok! Disini boleh download 美图秀秀 xiuxiu meitu untuk iphone/ipod/android app.
  1. Android
  2. Iphone
  3. Window Phone
  4. Ipad
Sebarang kesulitan silalah komen. Selamat Mencuba. :)

0 comments:

Post a Comment